Prasekolah adalah tunjang utama dalam sistem pendidikan
kerana memberi persediaan awal kepada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun
untuk menghadapi alam persekolahan. Sebagai guru Prasekolah saya berbangga
untuk mendidik dan mengasuh anak-anak kecil yang pelbagai ragam dan kerenah.
Walaupun demikian, saya menganggap mereka seperti anak saya sendiri yang ingin
meneroka persekitaran mereka. Bimbingan dan tunjuk ajar yang saya berikan di
peringkat awal adalah sangat penting kerana di sinilah bermulanya perkembangan
potensi murid itu sendiri bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.
Prasekolah
juga merupakan salah satu daripada komponen utama NKRA. Ini menunjukkan bahawa
Prasekolah amatlah penting dalam sistem pendidikan. Tidak dapat dinafikan
bahawa, guru memainkan peranan yang penting dalam Prasekolah. Kebijaksanaan
guru menguruskan kelas Prasekolah dapat melancarkan perjalanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Aspek-aspek
yang ditekankan dalam Prasekolah adalah untuk membentuk model insan yang
cemerlang. Jadi pelbagai program dijalanakan kepada murid Prasekolah supaya
mereka dapat bersedia apabila mereka memasuki alam persekolahan yang sebenar
pada tahun 1. Ibu bapa juga penting untuk memainkan pernanan mereka bagi
merealisasikan pendidikan Prasekolah. Hubungan yang erat antara pihak Ibu Bapa
dengan Sekolah menjadi tunjang kejayaan murid-murid di sekolah.
Sekian, Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat blog saya..... Jumpa lagi....