Pn. Faizah binti Abdullah
No. Matrik : D20112053553
Blog ini berkaitan dengan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid-murid Prasekolah Rafflesia, SK Tapah terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Sabtu, 13 Oktober 2012

GAMBAR BANGUNAN PRASEKOLAH


      Prasekolah SK. Tapah telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan hanya mempunyai satu kelas sahaja. Jumlah murid dalam tahun 2012 adalah seramai 16 orang iaitu 9 orang murid perempuan dan 7 orang murid lelaki. Di dalam kelas ini, murid yang berumur 5 tahun seramai 3  orang dan berumur 6 tahun seramai 13 orang. Murid-murid terdiri daripada pelbagai kaum
iaitu kaum Melayu, India dan murid Orang Asli.

 



           Prasekolah Rafflesia juga  adalah tempat yang terbaik bagi memberikan pendidikan awal kanak-kanak kepada kanak-kanak dari kem PGA Bidor dan kawasan sekitarnya. Walaupun bilangan kanak-kanak yang memasuki Prasekolah SK Tapah kurang daripada 25 orang, namun kelas Prasekolah masih dapat dijalankan seperti biasa. Hasilnya kanak-kanak yang telah mengikuti kelas Prasekolah, didapati lebih bersedia dari segala aspek untuk mengikuti alam persekolahan dalam tahun 1. Prasekolah SK Tapah akan terus berusaha meningkatkan kualiti bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.
 

Selasa, 9 Oktober 2012

KEPENTINGAN PRASEKOLAH DALAM MEMBENTUK MODAL INSAN

     Prasekolah adalah tunjang utama dalam sistem pendidikan kerana memberi persediaan awal kepada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun untuk menghadapi alam persekolahan. Sebagai guru Prasekolah saya berbangga untuk mendidik dan mengasuh anak-anak kecil yang pelbagai ragam dan kerenah. Walaupun demikian, saya menganggap mereka seperti anak saya sendiri yang ingin meneroka persekitaran mereka. Bimbingan dan tunjuk ajar yang saya berikan di peringkat awal adalah sangat penting kerana di sinilah bermulanya perkembangan potensi murid itu sendiri bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

       Prasekolah juga merupakan salah satu daripada komponen utama NKRA. Ini menunjukkan bahawa Prasekolah amatlah penting dalam sistem pendidikan. Tidak dapat dinafikan bahawa, guru memainkan peranan yang penting dalam Prasekolah. Kebijaksanaan guru menguruskan kelas Prasekolah dapat melancarkan perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P).

     Aspek-aspek yang ditekankan dalam Prasekolah adalah untuk membentuk model insan yang cemerlang. Jadi pelbagai program dijalanakan kepada murid Prasekolah supaya mereka dapat bersedia apabila mereka memasuki alam persekolahan yang sebenar pada tahun 1. Ibu bapa juga penting untuk memainkan pernanan mereka bagi merealisasikan pendidikan Prasekolah. Hubungan yang erat antara pihak Ibu Bapa dengan Sekolah menjadi tunjang kejayaan murid-murid di sekolah.

Sekian, Terima kasih.