Pn. Faizah binti Abdullah
No. Matrik : D20112053553
Blog ini berkaitan dengan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran bagi murid-murid Prasekolah Rafflesia, SK Tapah terutama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Sabtu, 13 Oktober 2012

GAMBAR BANGUNAN PRASEKOLAH


      Prasekolah SK. Tapah telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan hanya mempunyai satu kelas sahaja. Jumlah murid dalam tahun 2012 adalah seramai 16 orang iaitu 9 orang murid perempuan dan 7 orang murid lelaki. Di dalam kelas ini, murid yang berumur 5 tahun seramai 3  orang dan berumur 6 tahun seramai 13 orang. Murid-murid terdiri daripada pelbagai kaum
iaitu kaum Melayu, India dan murid Orang Asli.

 



           Prasekolah Rafflesia juga  adalah tempat yang terbaik bagi memberikan pendidikan awal kanak-kanak kepada kanak-kanak dari kem PGA Bidor dan kawasan sekitarnya. Walaupun bilangan kanak-kanak yang memasuki Prasekolah SK Tapah kurang daripada 25 orang, namun kelas Prasekolah masih dapat dijalankan seperti biasa. Hasilnya kanak-kanak yang telah mengikuti kelas Prasekolah, didapati lebih bersedia dari segala aspek untuk mengikuti alam persekolahan dalam tahun 1. Prasekolah SK Tapah akan terus berusaha meningkatkan kualiti bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.
 

3 ulasan:

  1. Mengajar murdi-murid orang asli memberikan saya banyak cabaran kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua dan mereka menghadapi masalah untuk menguasai Bahasa Melayu.

    BalasPadam
  2. Bahasa asli merupakan bahasa kedua mereka, maka cikgu kenalah bersabar mendidik mereka....

    BalasPadam
  3. Saya suka akan blog cikgu yang cantik. Tambahan pula maklumat yang dipaparkan memang memanfaatkan.

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat blog saya..... Jumpa lagi....